Sadness.
04 October 2012 | 1:55 AM | 0 Comments
Hello uolss.
Sejak kebelakangan ini, aku sering bad mood. Entah kenapa. Tapi memang sudah jelas maksud tertentu yang aku sendiri tahu. Hmm aku cuba untuk melupakan perkara ini tetapi makin aku ingin lupa makin kuat pulak fikir. Eh eh mengada betul pulak hee. Yes, semua orang nampak aku boleh tersenyum aku boleh ketawa dengan kuat sebab Pyka dan Finie buat lawak haha. Aku boleh buli kawan aku, aku boleh tersenyum dengan lebaauuunya bila bersama kekasih hati tersayang em emm. Tapi sedarkah ENGKAU ORANG yang aku tengah BERSEDIH?! AKU SEDIHLAH BO*** Okay sorry teremosi phuih haha. Walau luaran nampak cool bajet comel tapi dalam hati aku seksa woi. Merana woi, bagai nak terkeluar hati ni sebab dah penat terluka aicehhh ;)
Hurmmmm aku sedih sebab lagi 2 bulan lebih je aku nak blah dari Melaka. Apa perasaan korang bila dah bertahun duduk negari asal korang then terpaksa pindah jauh tinggalkan kawan karib, tinggalkan pakwe makwe, tinggalkan EVERYTHING kat negari korangggg? Korang tengah berbahagia ni bahagia ni last last kena pindah. Pehhhhh merana wehhhhhh. Apa? Ingat dekat keee? Aku pindah Kedah wehh Kedaaahhh. Dari melaka ke kedah 9 jam. Mahu tak terbakaauu bontot aku yang comel lote ni. Hishhhh. Tak semudah itu untuk aku lupakan segalanya kenangan disini :') terlalu BANYAK kenangan. YaAllah nak aku sebut satu satu memang sampai esok takkan habis. Pahit manis masam tawar semua ada.
Tapi satu janji aku pada diri aku dan dia, even nanti kita berjauhan tiada BEZANYA. Semua tetap sama. Takkan ada perpisahan melainkan Allah yang tentukan jodoh hambaNYA. Well, sampai sekarang aku menangis bila fikirkannya. Nanti bila dah jauh mesti rinduuwww. Mesti nak nangis je, nak nak aku ni haaa. Tapi orang cakap sekejap jee, lama lama okay tu. Ada jugak orang kata bila berjauhan lagi bessttt. Makin rindu makin sayang dan maksiat takde. Yes itu salah satu kebaikannya. Tapi kannnn hmm aku menanggung rindu. Bila dah jarang jumpa lagilah rindu. YaAllah susahnya nak terima dugaan berat ni :(
Kawan kawan semua tak bagi pindah. Semua suruh duduk Melaka. Kalau pindah sana, nanti sambung belajarlah kat melaka. Hmmm aku rasa better aku fikir 10x nak belajar kat melaka. Macamlah ayah aku tu bagi kannnnn. Hmm nanti mesti aku rindu kawan kawan nak nak Pyka ngan Finie :'( Oh my gooooodddddd cemana nak jauh niiii :'( Tapi nasib baik masa aku pindah nanti aku dah habis SPM. Hurmmmm yang sedihnya bila tak dapat spent time sangat dengan kekasih itew. Rindu awak sayang :(
"Babyyy, even kita dah berjauhan nanti sayang harap kita takkan berubah sama macam sekarang. Sayang berharap sangat bie setia kat sayang buat selama lamanya. Sayang respect kat bie sebab bie tak pernah buat sayang jeles dekat mana mana perempuan. Sayang beruntung dapat bie. Sayang bahagia bila ada bie. Percayalah bieee, dalam hati sayang cuma ada bie seorang. Sayang takkan menduakan cinta kita. Walau berat mana dugaan yang datang kita boleh hadapinya baby. Harap selamanya cinta kita takkan pernah pudar dek waktu. I love you so much Azeem. Terima kasih untuk segalanya :')"






Facebook: 
