Kawan vs Sahabat
08 November 2011 | 5:23 AM | 0 Comments

Assalammualaikum. Salam pembuka bicara agar lebih manis lagi selamat sejahtera. Mana lah tau kot kot ada pulak tersesat 'satu malaysia' kat blog aku. Hikhik. Kalau ada memang omaigod omaigod, hoho
Hari ini lapan haribulan sebelas. Hari selasa. Pukul sembilan dua minin malam. Jyeahh sempat bagitahu, hehe. Harini penat. Penat sebab uruskan budak budak post PMR. Fuhhhh cenggini ha muka aku bila dah penat *.*
Okaylah, bukan itu yang aku nak cerita. Kalau cerita memang panjang. Penat tapi have fun, terbaaikkkk. Belum tengok lagi esok pertandingan futsal dan modified betul betul, hihi conform babooommm~
Dear,
Berkenaan tajuk diatas. Kawan vs Sahabat. Korang faham tak apa maksud tersirat dan tersurat kawan dan sahabat ni. Hemhemm, aku rasa ada yang tahu dan ada jugak yang tak tahu. Hoho malang sungguh nasib kau, hihik. Yang sebetulnya, pada pandangan akulah sahabat ini lebih serius berbanding kawan. Okay, kawan boleh di cari begitu sahaja. Kekal tak kekal, macam alaa gitu gitu sahaja. Lepastu, kita memang kawan dengan dia. Tapi walaubagaimanapun dah dia iri hati kat korang, dia tetap menjadi 'kawan makan kawan' ataupun 'tikam dari belakang'. Tu kawan namanya, tapi kawan shialan. Hoho
Tetapi kalau sahabat, ia sangat serius. Sahabat ini Insyaallah dengan bantuan Allah ia akan kekal selamanya. Wuhuuuww~ Sahabat selalu ada di samping kita tak kira waktu dan masa. Sahabat sentiasa memberi rangsangan iaitu kata kata semangat dan sokongan apabila kita jatuh ataupun tersungkur di bawah. Faham kan? Huhu. Dan sahabat selalu ada untuk kita. Dia faham perasaan kita. Jika kita sedih, dia turut merasa sedih, jika gembira dia tumpang gembira dan segalanya. Itu namanya sahabat yang tidak memerlukan pengorbanan. Bantuannya IKHLAS semata mata.
Memang aku tau, zaman sekarang payah sangat nak cari sahabat. Yang ramainya ialah kawan. Yesss semua ni, kita semua ni kawan. Tetapi hati manusia lain lain kan? Hati manusia boleh berubah. Manalah tahu kita ni jadi kebanggaan orang ataupun kita lebih dari dia, dia dah dengki. Cemburu pehhhhh. Dalam diam diam dia tikam kita. Sakit tak sakit dapat kawan camtu tak payah cakap lah. Itulah kawan bukan sahabat.
Memang. Walaupun tidak semua SAHABAT itu baik. Manalah tahu, depan kita jeee over control. Perfect seratus peratus bagi kita kan? Tapi pokok pangkalnya kita sendiri jelah. Kita sendiri dapat menilai sahabat itu macam mana. Setahu aku, sahabat ni sahabat yang sudah lama kita kenal yang kita berkawan. Haaa, jarang rasanya jumpa sahabat yang kawan makan kawan. Kalau ada, memang zalim manusia itu. Hidup kau tak berkat tahu tak? Sia sia je kau buang masa. Kasihanlah sahabat baik korang tu. Susah payah dia percayakan korang, kan? Hehe
Sebolehnya sekarang kita kena perlu berhati hati sahaja dengan sikap manusia sekeliling. Bukanpun sahabat, orang lain pun. Huhu. Hati manusia ni lain. Nampak muka je baik tapi perangai Nauzubillah. Bawak mengucap aku, haha. So, masing masing ingatkanlah diri masing masing agar lepas ni berhati hati dalam memilih sahabat. Pilihlah sahabat yang betul betul ikhlas membantu kita bukannya bantu kita untuk mengharapkan balasan. Ohh tidak ok?
Ingat, sahabat dan kawan adalah beza. Kepada kawan kawan, jadilah kawan yang sejati. Janganlah ada perasaan hasad dengki busuk membusuk dan seangkatan dengannya. Parah hidup kau nanti baru taww. Sebab Allah takkan maafkan hidup orang yang mengkhianati kawannya sendiri melainkan kau dah betul betul sedar diri dan taubat. Ingat ingatkanlah diri sendiri. Tak lupa jugak kat aku. Aku selalu ingatkan diri agar menjadi insan sempurna buat sahabat kita walaupun semua manusia tidak sempurna sifatnya. Sudah tahu tidak sempurna, janganlah jadikan lagi tidak sempurna. Hodoh nampaknya, haha.
Okay, itu sahaja dari aku. Ambillah iktibar dari setiap perkara yang terjadi atas kamu ya. Selamat malam readers. Muah! :'D

Facebook: 