Lapan Tanda Lelaki Perlu Dijauhi
22 October 2011 | 5:24 AM | 0 Comments

Assalammualaikum. Cek nak katok nih. Hati bila dah sayang, ada yang sanggup membiarkan diri terseksa dan merana. Dipukul serta dikasari sesuka hati oleh insan yang kononnya amat menyayangimu. Pehh memang dayus lelaki macam ni aku dapat aku sumpah seranah, haha hakkktuihhh. Berbaloikah biar diri terseksa hanya untuk sekeping cinta palsu? Sesiapa yang terasa tu baik clash cepat, kihkihh. Sampai bila korang mahu diri merana sedangkan kamu sebenarnya layak untuk disayangi dan dikasihi dengan cara yang lebih terhormat.
Sebelum kau menyerahkan kasih sayang pada seseorang, pastikan terlebih dahalu kamu menyerahkannya pada orang yang tepat. Jangan sampai kamu jadi buta cinta kerana cinta. Supaya tidak terjerat dan salah dalam memilih pasangan hidup sebaiknya kamu semak beberapa TANDA LELAKI PERLU DIJAUHI:
1. TERBURU-BURU MENGAJAK BERKAHWIN
-Biarpun baru sebulan berkenalan, namun si dia sudah membicarakan soal bertunang dan mengajak kamu berkahwin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilanganmu. Namun lelaki yang benar benar jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi kemudian barulah berfikir soal kahwin. Bukannya baru berkenalan kemudian terus diajak kahwin. Tentu ada sebab si dia begitu terburu-buru, jadi sebaiknya kamu siasat terlebih dahulu latar belakangnya sebanyak yang mungkin sebelum kamu jatuh cinta dalam perangkapnya.
2. KAYA DENGAN KATA-KATA MANIS
-Berwaspadalah apabila si dia sering mengeluarkan kata-kata 'segalanya hanya untuk kamu berdua', 'kita akan sentiasa bersama selamanya walau apapun yang terjadi' ataupun si dia selalu mengatakan kepada kamu bahawa si dia tidak boleh hidup tanpa kamu atau tanpa kamu hidupnya tidak bermakna dan tidak beerti. Jangan terlalu mudak termakan pujuk rayu lelaki seperti ini. Lelaki yang punya maksud yang tersirat kebiasaannya memang pandai bermain kata-kata termasuklah lelaki yang suka pada kekerasan. Di awalnya segalanya akan sentiasa berlembut dan dirinya akan sentiasa dilihat seperti begitu penyayang. Namun lama-kelamaan bila jerat semakin mengena, barulah si dia menunjukkan taringnya.
3. SIKAPNYA BERUBAH-UBAH
-Sikap si dia agak sukar difahami dan sering berubah-ubah walaupun dalam masa yang singkat. Misalnya, semasa di telefon suaranya cukup ceria untuk bertemu denganmu, namun apabila berjumpa si dia boleh berubah secara tiba tiba. Si dia boleh jadi marah, muram atau bahkan tidak ingin berbual dengan kamu sekali tanpa kamu tahu apa puncanya. Bukan itu sahaja, kamu juga mula rasa setiap kali bila ada kesempatan berbual berdua, perasaan kamu jadi tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap kerana itu akan membuatnya tersinggung dan marah besar. Ini juga secara tidak langsung merubah kamu menjadi orang lain dan bukannya diri kamu sendiri semata mata kerana mahu menjaga hatinya.
4. TERLALU CEMBURU BUTA
-Sesiapa sahaja yang rapat atau cuba bermesra denganmu pasti akan membangkitkan kemarahannya. Si dia tidak peduli sama ada individu tersebut teman sekolahmu atau saudaramu, baginya kamu tidak boleh sama sekali rapat dengan mana mana lelaki selainnya. Kalau boleh semua waktu dan perhatian kamu hanya untuknya seorang. Tidak cukup dengan itu, kamu harus selalu memberi laporan kepadanya setiap masa, kemana kamu pergi dengan siapa, hingga jam berapa dan apa sahaja yang kamu lakukan saat itu. Sekiranya ada yang kamu lakukan di luar pengetahuannya, itu akan menjadi satu kesalahan yang paling besar kamu lakukan dan kamu wajib dihukum kerana kesalahan tersebut.
5. SUKA MERENDAH RENDAHKAN KAMU
-Si dia sering merendah rendahkan kamu terutama bila kamu melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya pakaian yang kamu pakai tidak kena dengan seleranya ataupun tidak cantik di matanya, si dia menggunakan perkara tersebut untuk menghina kamu sesuka hatinya tanpa sedikitpun memikirkan perasaanmu. Lebih teruk lagi andai si dia mintak kamu menukar pakaian tersebut, namun kamu tidak menuruti keinginan dan kehendaknya. Jadi, dia tidak rasa bersalah mengancam kamu. Lambat laun kamu akan merasa rendah diri dan hilang kepercayaan diri. Jika sekarang kamu merasakan seperti ini jangan ragu ragu lagi, segeralah tinggalkannya.
6. SUKAR MENERIMA PENOLAKAN
- Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikata dan diinginkannya. Jika si dia marah, dia sering memecahkan barang barang yang ada di sekitarnya serta memukul tembok atau meja. Atau lebih parah si dia juga akan merosakkan barang barang kamu. Biasanya setelah marah dan melakukan kekerasan, dia berjanji tidak akan mengulanginya. Dia juga seolah olah ingin mengatakan bahawa yang baru sahaja terjadi kerana sikap kamu yang degil, kalau tidak si dia tidak mungkin bertindak sedemikian. Akhirnya, secara tidak langsung kamu turut berasa bersalah.
7. SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN
- Berwaspada jika si dia sering menyalahkan orang lain atas semua tindakan kekerasan yang telah dilakukan pada kamu. Misalnya si dia mengasari kamu hanya kerana kamu keluar tidak memberitahunya terlebih dahulu. Alasan yang diberikan si dia tidak mahu kamu menjadi seperti teman wanitanya terdahulu yang kononnya mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kelembutannya. Oleh kerana itulah dia berubah menjadi lebih tegas. Apa yang dilakukannya juga kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan si dia.
8. GUNAKAN MATERIAL SEBAGAI GANTI
- Apa sahaja yang kamu minta, si dia akan cuba penuhinya. Namun kamu mungkin tidak sedar, ini adalah cara si dia untuk mengikat kamu. Hari ini si dia membeli apa yang kamu minta tetapi andai hari esok kamu ingkar dengan apa yang dikata, kamu akan dipukulnya sesuka hati tanpa belas kasihan. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu juga harus sempurnakan pula apa yang si dia mahukan daripada kamu. Jadi hati hati bila termakan budi takut nanti tergadai diri.
Pehhhh, serius sakit tangan aku menaip. Hahaha. Aku jugak Insyaallah akan try list ada ke tak bf aku cam ni, hehe. Alhamdulillah takde. Dan aku berharap selamanya tak akan ada semuanya di atas ni. Tapi manusia berubah ubah kan. Harap takdelah. Sama dengan korang, sebelum cari check dulu kat atas ni macam mana. Diorang ada ke tak cam ni. Jangan main rembat je, hehe. Handsome je jadik. Kihkihhh. Assalammualaikum.
I Love You Sayang <3

Facebook: 