♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
Happy Plus Sad
25 October 2011 | 6:32 PM | 0 Comments

Hemhemm. Assalammualaikum. Heewww, sweet tak gambar kat atas ni? Whuf whuuff. Yer, aku tau memang sweet. Bak kata my hero, takde orang lain yang dapat tandingi bahawa kita berdua lagi sweet dari mereka. Hahahaha iyekan sahaja :P

Yaallah, bila aku tengok semua gambar antara aku dan dia je, aku jadi sedih. Tau tak sedih cengmana? Ceng ni haa :'( Nak nangis dah ni. Huhu. Taklaaa, siapa kata aku gaduh?? Mana adaaaaa. Kiteorang bahagia sangat. Tapi dalam bahagia aku, aku sedih sebab maybe aku akan pindah. Yaallah, bila dengar perkataan pindah aku tak kuaattt. 

Isnin pagi, berborak dengan ma cerita pasal itu ini dan tengahari tu memang deal nak pergi jalan jalan with my hero sekali. Tetiba ma cakap, "mak nak bagitahu ni. Kang kalau mak bagitau takut kau pulak sedih." Aku dah resah gelisah. Aku cakap lah kenapa? Cakap jelahhh. Lepastu mak kata kemungkinan ayah dapat tukar kerja, kita semua pindah. Yaallah, masa tu aku tak mampu nak cakap apa apa. Aku tercengang. Aku diam seribu bahasa. Mak kata lagi, mungkin kat putrajaya. Hurmm. Ayah tukar kerja pun ada sebab. Sebab ada krisis dengan bos dia. Bos dia macam hanjingg. Menyampah aku, ikut kepala dia je nak mengarah orang. Manalah ayah aku tak tahan suatu hari tu, bergaduh besar dengan bos. Sampaikan nak tumbok muka dia. Ayah aku sabar jee. Sebab tulah, dah ayah aku tinggi suara kat dia mungkin dia nak pindahkan ayah aku. Huhu

Continue pasal pagi tu. Ma cakap, tak payah bagitau azeem. Aku kata aku kena bagitau jugak. Padahal dalam hati masa tu nak nangis je. Lepastu ma kata lagi, biar ma cakap depan depan dia. Aku buat dek je aku terus mesej my hero. Bila aku mesej, respon dia sedih. Hurmmm kesiannya aku tengok. Macam macam dia jiwangkan ayat dia. Dia taknak pisah dengan aku. Yaallah, kenapalah dugaan kita berat macam ni. 

Petang tu dah deal nak keluar. Dalam kereta, masing masing diam seribu bahasa. Aku tau ma diam je sebab fikirkan benda alah ni. Sama macam hero. Dia diaamm je, aku tanya kenapa? Dia kata takde pape. Huhu. Kat dp, aku nampak ma dengan hero tengah bercakap. Dan aku tahu diorang cakap pasal aku nak pindah. Aku nampak mata ma dah berair. Aku nampak mata my hero dah berair. Hmm aku taknak sedih aku pergi kat abang aku. Huhu.

Tapi lepastu, sedih dah hilang. Masing masing try untuk gembira. Taknaklah masa yang ada diselitkan dengan kesedihan kan? Dah balik tu, terus pergi balik kampung. Dengan ayah sekali. Dalam kereta, tetiba ayah cakap. "Kalau jadi pindah, tukar kat terengganu nak?" Pehhhh! Cerita ni dah bukak balik. Terengganu wehh? Hmm. Ma cakap taknak. Amik jelah putrajaya. Taknak jejauh. Lepastu, aku dah nampak ma menangis. Ma amik tisu kesat air mata. Aku tak nangis, aku sedih je masa tu. Time tu aku tengah mesej dengan hero, so takdelah sedih sangat. Bila aku fikirkan apa terjadi agaknya kalau aku dah pindah kat sana mesti huru hara. Time tu aku dah nak nangis. Aku tahan je airmata ni jatuh. Pastu aku cakap dengan hero, lepasni takyah cakap pasal ni kalau tak betul betul conform nak pindah. Huhu

Semalam kiteorang keluar lagi. Kali ni tengok wayang. Ajak sekali adik adik aku. Huhu. Semalam memang aku taknak bangkitkan lagi hal ni. Aku nak enjoy. Tapi yang tak besnya aku ada bad mood sikit semalam. Kesian hero, hehehe. Aku ni terlebih emo, tak pasal pasal tak jalan dengan dia tak tegur dia. Hahaha bengapnya aku. Tapi lepastu okay dahhh. Yeayy tengok cerita al-hijjab. Hehehe. Yang kelakarnya salah masuk wayang, hahahaha. Tetiba dah duduk semua apehal cerita hantu cenggini ni. Siap ada perempuan dengan lelaki satu rumah semua. Aksi ghairah semua, hahahaha. Ni conform dah salah wayang. Takkan cerita hantu ada part cenggini, kihkih. Aku kata lah salah wayang, stret masing masing blah. Memang salah pun.

Haaa, ni baru betul. Sweetnya aku dengan hero. Hehehe. Yang kelakarnya, pelakon yang dalam cerita al hijjab tu panggil bie dan sayang. Awww sama macam aku dan hero. Tergelak hero aku. Aku pulak maluwww, aku cubit dia. Hehehe. Yang part terkejut kejut tu bagi aku jelah. Kesia hero aku pekik kat telinga dia. Hahaha. Kelakar. 

Balik tu dalam kereta, aku sandar kat bahu hero. Aku pandang mata dia. Aku rasa tenang bila ada kat dia. Sweetnya kite masa tu sampaikan along nampak dia sengih, hahahaha ohh maluwnyaa. Kihkih. Kejap kejap aku pandang mata dia. Rasa taknak lepaskan dia, nak je dia kat situ. Huhu. Dah tu dia nak balik. Aku nangis, hahaha. Sebab aku tak tau macam mana kalau aku dah pindah nanti. Tak dapat macam ni lagi. Aku nangis sebab taknak pisah dengan dia. Aku pandang mata dia, aku kata 'I Love you'. Dia senyum dia balas balik I love you too. Hmm aku dah lelap mata. Aku suka renungan mata dia. Buat aku tergodaaa, awww! Hehe. 

Yang penting, dua hari aku dengan dia sangat gembira. Aku sayang kat dia, aku cinta kat dia sangat. Aku taknak hilang dia. Aku baru tahu cinta sebenar macam mana. Dia bahagiakan aku. Dia bukan calang calang lelaki yang hadir dalam hidup aku. Aku tahu, dia tak handsome mana yang korang cakap. Tapi hati dia sangat HANDSOME. Korang manalah tau kan sebab tak kenal dia. Bie aku sangat romantik, hehehe. Aku terima dia sebab aku tahu hati dia cam mana. Aku mengharapkan hubungan ini kekal sehingga akhir hayat aku Insyaallah. Aku tau dia ikhlas sangat. Aku nampak keikhlasan dia. Terima kasih bie. I love you so much! :')

Aku berharap janganlah perpisahan itu datang kat kiteorang. Aku taknak jauh dari dia. Aku tak tau cam mana hidup aku kalau tak ada dia nanti. Aku tak suka cinta jarak jauh. Tapi kalau dah memang takdir aku pindah, Insyaallah aku try jaga hubungan ini. Aku akan cuba biasakan diri. Kawan kawan aku ramai kat sekolah sana. Manalah tau, ramai spy yang aku suruh diorang jaga :') Hari hari aku doa semoga Allah tak pisahkan kami. Kami mencintai antara satu sama lain. Huhuk :(




I love you Until I die ;)

Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-