You're are everthing FRIENDS :)
08 September 2011 | 12:43 AM | 0 Comments

Assalammualaikum You all. Adehh, ingatkan balik mandi then terus lelapkan mata ni. Tapi lepas mandi segar pulak. Huhu kalau tak tu kat sekolah tadi syaitan dok bergayut je kat mata aku, thehe.
Hemhemm, cerita pasal sekolah kan. Fuhhh happy aku dalam kelas tadi. Ngehngehh. Tapi yang tak bestnya, ramai kot tak datang. Walau apa apa pun, ada ayap pika tetap happening :')
Memang best pasal bm, bi tak belajar. Bm cikgu tak ada, Bi teacher suruh duduk dalam pss. Best seh duduk dua masa, hehe. Beborak gelak gelak je banyak dengan diorang ni. Yang tak boleh blah nya, tadi aku dengan pika dok main pukul pukul si koyak guna kertas mahjong. Hahahahaaa kesian koyak jadi mangsa. Main ketuk kepala, aduyyaaii berlari aku tadi dikejar oleh sang lembu jantan. Muehehehehee :D
Lepastu yang kelakarnya lepak dengan ayap, kina, dahiyah, ejad dan syamer. Syamer? Budak pencoroboh kelas orang -.- Thehehe. Asyik tergelak je aku lepak dengan diorang. Dak ayap suka sangat cari kesalahan orang. Hahahahaaa. Ada je budak budak ni sebut tak betul dia gelak. Thhuuii! Kihkih.
Tadi main kucipang masa bm dengan pika, hafezan, ejad, koyak dan azam. Hahahahaa paling aku tak dapat lupakan harini main kucipang. Sumpah kelakar. Dak fezan banyak buat lawak seh. Aku, pika dan ejad jadi tukang gelak je. Siot tol. Tapi dont worry, aku tetap pemenangnya. Feuhhh! Miss world. World lah sangat, miss class sudah. Hahahaha. Asyik aku je menang, tak ada siapa dapat tanding aku tau tau tauu :p
'Lets Be Happy'.
Horayy. Sekurang kurangnya, aku happy sangat tadi. Aku try untuk gembira. Time aku rasa keseorang je tadi, aku terus pergi kat sesiapa lepak sekali. Kalau tak tu, dah tentu aku felling sesorang. Thehe tak mau tak mauuu. Aku dah tekad, aku nak buang perasaan aku ni. Aku happy bila tengok kawan kawan happy. Aku dah tak mau touching touching lagi. Aku nak habiskan sisa sisa hidup aku bersama kawan kawan especially kawan 4 mutiara. Aku taknak suatu hari nanti pemergian aku time aku gaduh dengan korang ke apa ke. Entah lah, sayang dalam hati aku ni lain buat kawan 4 mutiara. Sumpah, sayang sangat even kekadang ada salah faham. Itu lumrah hidup. Cuma ada sorang je aku benci. Walau macam mana pun, aku tetap benci dia. Perasaan benci tu takkan pernah hapus dalam diri aku kat dia. Dia dah musnahkan hidup yang baru aku bina. Dia dah buat insan yang paling aku sayang derita. Aku takkan lupa apa yang pernah dia buat kat orang yang aku sayang. Aku yakin pasti kelak dia akan dapat pembalasan mungkin bukan sekarang, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. Biarlah dia bahagia saat sekarang tapi aku yakin Allah itu maha adil. Hanya Allah je yang tahu betapa dalamnya benci hati seorang wanita terhadap lelaki seperti DIA!
Aku takkan balas apa apa kat kau. Aku hanya minta petunjuk kat Tuhan supaya tunjuk mana benar mana salah. Sudah sudah lah kami menderita selama ini. Sudah sudah lah aku tengok orang tersayang aku menangis setiap hari. Aku takkan maafkan kau selagi kau tak sujud dekat dia, kau tak minta ampun kat dia! Hidup kau takkan aman walau bahagia mana pun! Biar kau sedar semua ni.
"Yaallah Ya Tuhan ku, aku memohon agar eratkanlah hubungan silaturrahim antara aku dan kawan kawan yang aku sayangi. Kau permudahkanlah segala urusan yang kami tempuhi Yaallah. Aku berharap, biarlah perhubungan ini kekal sehingga aku menutup mata buat kali terakhir. Demi Allah, aku sayang sangat pada kawan kawan 4mutiara dan kawan yang rapat. Kau tolonglah jaga hubungan kami Yaallah. Tabahkanlah hati kami pabila kami dalam masalah. Kau berikanlah kekuatan dalam diri ini pabila menghadapi karenah sahabat sahabat kerana aku tahu kau sedang menguji kami. Kau kasihanilah kami sebagai mana kami kasihanikan kau. Redhailah setiap keputusan yang kami buat dan janganlah pisah kan kami Yaallah".


Facebook: 
