Menunggu
13 September 2011 | 10:16 PM | 0 Comments

Hello bloggers.
Tak ada benda yang nak ceritakan sebenarnya. Takde cerita yang bombastik pun, huhu. Tengah boring je ni sebab harini tak sekolah. Demam, batuk, selsema tak baik lagi start hari jumaat minggu lepas. Ubat dah makan still cam ni. Tu lah, kalau ada yang 'tersayang' mesti boleh jaga kite. Hehehe. Ni yang tersayang pun tak ada. Nak temankan pun jauh sekali, haha. Itulah padahnya aku tak ada pasangan hidup lagi >.<
Semalam si suryy dok tanya aku, "bila kau nak couple weh? Nak jugak aku comment gambar kau 'sweetnya korang'. Huhu". Alololoo, entah lah suryy. Jodoh tak sampai lagi lah. Hahahaha. Kalau orang nak tahu, aku ni memang sukar sangat nak jatuh cinta. Tak caya? Pergi tengok rahsia tarikh lahir bulan april, haha. Susah sangat diri ni nak jatuh cinta. Mungkin aku ni terlalu memilih. Kalau tak memilih lain pulak jadinya. Huhu. Mungkin jugak, aku susah jatuh cinta sebab pengalaman yang terjadi kat kawan kawan. Hati remaja mana tak memberontak bila kawan kawan dating sana sini. Hahahahaaa teringin, aw awww. Malluuuww titew :p
Bila dalam kelas, titew pulak jeless tengok emilia dengan azril dating. Hahaha sebab kita jeles kita tak dapat macam tu. Bhahaha. Pergi depan mama dengan papa dating, bila pergi belakang honey dengan baby pulak dating. Kihkih. Alaaaa jeles lah kita cam tu, thehe. Takpelah, nanti dalam kelas kite dating dengan black lah. Hahaha conform korang tak caya :p
Sebenarnya aku mengaku yang aku cetek pengetahuan dalam soal cinta. Serius weh, haha. Kebanyakkannya aku tanya pka pasal cinta ni. Semalam je aku tanya dia, "cinta pandang pertama tu macam mana ek ika?". Hehehe aku dok dengar je orang kata percaya cinta pandang pertama. Tapi aku sendiri tak faham apa maksud dia. Bila pka jelaskan, baru aku faham. Huhu. So, kesimpulannya aku tak bersedia untuk bercinta. Tengoklah, pasal cinta pun aku kureenngg. Apa lagi saat aku dah bercinta. Macam mana lah kan -.-
Mungkin masa sekolah ni, belum tiba untuk aku berkasih. Manalah tahu masa aku study ke, kerja ke kan? Jodoh tu hadir tanpa kita sedari.
***
Hemhemm, hari jumaat minggu lepas family aku, dan sedara mara pergi beraya kat KL. Sangat best. I think itulah kenangan yang aku tak akan dapat lupakan. Hari sabtu family aku pergi rumah kak nana kat wangsa maju. Alololoooo! Terubat rindu aku nak jumpa baby donut :( Terubat jugak rindu nak jumpa makcik. Hehehe. Terubat rindu nak tengok rumah makcik, hee. Semuanya rindu. Hahaha. Cuma tak dapat jumpa pakcik dengan aboy je sebab diorang kerja time tu :( Woaahh, kak nana buat chicken wings. Pehhh sangat sedap. Lepastu buat mee jawa dengan air laici. Aawwumm, my fav. Yang bestnya, si donut nak dekat aku. Hahaha sebelum tu mana ada nak aku. Alololoo dia dah besar, comel jee muka dia tu. Geerrraamm aku tengok. Tapi yang sedihnya, time nak balik tu. Aku rasa nak cakap kat makcik tu yang aku nak tinggal kat rumah dia. Hukhuk. Aku rindu kenangan dulu tinggal kat rumah makcik. Banyak kenangan aku kat sana.
Makcik tu pun peramah, suka bercerita. So, kalau aku duduk situ mesti tak boring ada makcik yang berceloteh :) Aku rindu jugak nak pusing pusing satu KL dengan kakak, kak nana dan aboy dalam kereta sambil bukak kuat kuat lagu On The Floor. Pehhhh rindu nyaa saat tu. Lepastu, rindu nak pergi wangsa walk, KLCC, Bukit bintang, Plaza Wang dengan kak nana naik bas. Huhu. Pergi Time Square. Pergi BRJ dekat dengan rumah makcik lepastu meet dengan Aliff Syafiq. Rindu nak karoake superstar kat wangsa walk dengan mereka dan Aliff Syafiq. Aduhh, rindu sesaat waktu dengan mereka.
Takpelah, haritu dah jumpa diorang pun terubat rindu aku. Masa nak balik tu, donut menangis nak ikut family aku. Huhu. Alooo sedih je aku tengok dia menangis. Hurmmm. Insyaallah makcik, suatu hari nanti saya akan jumpa makcik sekeluarga kalau ada rezeki :)
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Facebook: 
