♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
This is call feeling.
14 August 2011 | 8:47 PM | 0 Comments

Assalammualaikum readers. Dah dua hari aku tak update blog pasal aku malas. Aku takde mood nak update. Bila nak type je mula lah bergenang air mata. Entah laa, aku pun tak tahu kenapa. Benda yang gembira nak sedih, yang sedih lagi lah menyedihkan huhu. Mungkin minggu ni aku cukup sensitif dengan keadaan sekeliling kot. Sikit punya hal pun aku dah tarik muka. Yaallah. Serius dah macam budak budak dua tahun. Lagi satu bila dengar je lagu sedih mesti dah conform nak nangis. Sikit jiwang lah kan. Huhu.

Aduhhh kenapa lah dengan aku ni. Ni pun dah bergenang air mata. Hishhh please lah air mata jangan lah kau keluar. Aku baru nak luahkan perasaan dalam blog. Memang kalau boleh aku nak luahkan kat sesiapa. Tapi takde siapa yang sudi. Lagipun jumaat aku tak datang sekolah. Harini pun tak datang sebab ada laahhh. Huhu. Seminggu ni banyak masalah yang datang. Takde masalah aku buat masalah. Benda yang takde kena mengena dengan aku pun aku nak nangis. Gila lah kau finaz. Bulan bulan puasa kau nak buat masalah kat diri sendiri :(

Dah lah mata aku tengah sakit. Allah bagi ujian kat aku masa bulan puasa ni lah. Bahagian atas mata dah okay dia turun bawah mata. Bengkak. Macam kena tumbuk pulak dah. Huhu. Allah bagi ujian lagi. Pedih pulak tu. Okay aku hanya mampu bersabar :(

Aku rindu dekat kawan kawan 4 mutiara. Yaallah, part rindu dekat kawan 4 mutiara dah jatuh air mata aku. Serius aku rindu sesangat. Rindu nak gelak ketawa dengan diorang semua. Lagi lagi dengan anak anak aku. Huhu. Apa lah khabar diorang sekarang ni. Sihat ke tak, rindu aku ke tak. Hurmm. Kat dalam kelas aku gembira ada diorang. Diorang menceriakan hari aku. Bila dah lama tak jumpa, terasa keasingan. Terasa sunyi tanpa diorang. Bila dah jadi macam ni, aku fikir juga macam mana lah keadaan aku bile masing masing dah habis sekolah. Huhu. Waaaaaaaa rindu lah. Aku betul betul kesunyian minggu ni. Aku pun macam tak happy sangat dengan kawan kawan. Aku rasa sedih bila baca blog emilia pasal dia post kat kelas semua. Wahhh jeles nya diorang dapat gembira sama sama kat kelas ada haziq, ayap, hafezan, jun dan lelain. Mesti best mesti tergelak bagai nak rak. Huhu.

Hurmm aku sedih sebab dia dah lama tak mesej aku. Dah lama tak borak borak dengan aku. Ye aku faham sebab apa. Aku cuma terasa lah kau buat macam ni kat aku. Okay, aku berserah jelah. Aku tak akan ganggu dengan kebahagiaan korang. Kau pun sekarang dah kembali ceria dan gembira sebab dia. Semoga korang kembali bersama okay. Bila kau bahagia, aku turut bahagia kawan.

Sedih bila aku dengar lagu raya dah berkumandang kat radio. Macam tak ada feel lah aku nak raya tahun ni. Entah apesal pun aku tak tau. Huhu. Dah lah baju raya pun tak beli lagi. Kawan kawan ramai dah ada. Cantik cantik. Jeles aku. Semalam aku sekeluarga pergi Mydin kat ayer keroh. Wahhh meriah gila weh. Dah macam raya pulak. Ada orang buat bubur lambuk lah itu lah ini lah. Memang sesak gila. Ramai orang, almaklumlah nak beli barang persiapan raya huhu. Aku? Pergi Mydin hanya beli barang dapur je. Atooyaii rambang mata tengok baju raya cantik cantik. Hishhh sebak nya sebak nya. Takpe, aku faham ayah belum keluar elaun. Huhu. Tapi aku pastikan taknak beli baju raya masa malam raya macam tahun lepas :'(

Okaylahh, nak tenangkan diri jap. Bybyee~



Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-