♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
Maybeee One Day :)
05 August 2011 | 12:48 AM | 0 Comments

H E L L O !
Harini penat laaa sebab berjalan sana sini kat sekolah. Lutut dah nak tercabut rasanya. Tapi memandangkan budak sains sukan, harus kuat. Hahaha aku selalu bangga. Muehehe biar lahhh :p

Tadi kat sekolah kelas aku dan kelas yang berada di atas kena pindah ke kelas lain sebab calon calon pmr (katanya) nak ambil percubaan pmr. Ewwrr tahun lepas takde pulak cikgu nak buka dinding tu semua. Grr. Haha emosi pulak. Aku dapat kelas 4 geliga. Ewwrr tak senang nak belajar. Takpelah, apa boleh buat. Sabar dan redha. Okay tutup cerita.

Hurmm sebenarnya kan aku sekarang tengah otak bercelaru. Rasa serba salah, rasa berbelah bagi pun ada. Ada hamba Allah ni dah 2 tahun lebih aku kawan dengan dia. Baru semalam kali yang ke dua dia bagitau kat bbm yang dia suka aku. Hurmmm. First masa aku form 3 tak silap. Dua kali jumpa dia itupun masa kat Kuala lumpur duduk dengan akak. Tapi bukan jumpa berdua dua, akak aku ada.

Tapi itu lah, aku dah cakap dengan dia yang jangan ikutkan perasaan sangat. Jangan ambil keputusan terburu buru. Dia pun okay. Dia kata dah lama tunggu aku. Huhu entah lah weh. Apa yang boleh aku cakap sekarang, aku tak nak fikir tu semua. Serius, dia terlalu baik buat aku. Aku tak nak masing masing kecewa atau salah faham and then putus. Tu sebab aku suruh dia jangan ikutkan perasaan.

Aku jujur lah, seumur hidup aku kan baru aku jumpa lelaki macam tu. Dia lain dari yang lain. Tapi aku tak nak dulu masuk dalam kancah percintaan. Aku tak nak di kecewai terlalu awal. Biarlah masing masing kenal hati budi, kenal latar belakang keluarga. Biarlah lama mana 5 tahun ke 7 tahun ke kawan. Asalkan kenal lebih lama hati pasangan.

Kenapa eh aku tengok budak budak lain cepat dapat pasangan? Mudah je dapat. Aku bukan nak mengata ke apa. Aku cuma pelik tengok diri aku ni. Susah yang amat nak jatuh cinta walaupun lelaki tu handsome mana pun. Kalau kenal lelaki handsome semua perempuan pun nak kan kan? Haha. Tapi aku kalau dapat yang handsome pun aku nak tetapi aku lebih suka berkawan sebab nak tengok dulu macam mana perangai diorang. Kalau handsome tapi hati gelap lepastu playboy aku reject. Hahahaha.

Entah lah. Aku tau ramai yang tak caya sampai sekarang aku menyingle kan diri, hihik. Tak caya lagi? Okay cepat kejap lagi aku bunuh diri kalau masih tak caya :p
Haha. Aku pun tak tau sampai bila aku macam ni. Memang hati ni nak try, nak try and try. Nak juga rasa bercinta masa remaja kan. Takutlah kalau dah habis belajar aku masih tak couple. Haha. Nak nak aku takde pengalaman. Huuhu

Whateverlah tapi aku yakin cinta itu datang tanpa kita sedari. Aku tak suka cinta di paksa. Paling benci cinta palsu. Biarlah jadi cinta sejati, muehehehe. Apa yang aku nak, dalam percintaan aku nanti aku mahu antara aku dan dia saling hormat menghormati, kejujuran, keihklasan, kesetiaan, kasih sayang, kelembutan dan paling aku utamakan ialah batas pergaulan. Yes itu yang utama aku kena jaga. Susah dapat jantan yang mata melilau, hahaha.

Ehemhemm, yeaahhooo! Kakak saya yang dekat Kuala Lumpur tu malam karang nak balik rumah. Buah hati dia hantarkan, hihi. Tak sabar nak tengok apa dia bawa. Barang make up, baju, cover blackberry, makanan dan lain lain. Haha. Untung dapat Azam :)


Nota tulang: Okaylah. Nak tolong mak masak pehhh lauk tomyam seh! Nyum nyumm! Selamat berbuka puasa readers :'D Makan kurma dulu yek, hihik.

Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-