♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
The Best Thing That I Had Ever And Ever.
09 August 2011 | 3:11 AM | 0 Comments

Holahaaa :')
Bila aku bukak je lagu one in a million, lagi sekali aku teringatkan dekat kawan kawan 4 mutiara. Entah laa. Aku tak tau kenapa tetiba aku nak nangis bila teringat diorang semua.

Hurmm seriously, aku sayang sayang sangat sangat dekat diorang semua. Betul weh, aku tak tipu. Bila aku teringat kenangan kita semua dekat dalam kelas, luar kelas, luar sekolah mesti aku senyum dan tetiba aku terasa sedih. Huhu. Aku tak sangka, aku akan dapat kawan gila gila macam diorang. Aku tak pernah berharap akan menjadi rapat dengan diorang. Tetapi setelah apa yang berlaku, aku tahu diorang one in a million untuk aku :)

Di sebabkan kelas kiteorang selalu je ada function (lah sangat) kat luar, tu yang sifat berkerjasama memupuk lagi disiplin dan kesabaran yang tinggi antara kami semua. Mula mula je masing masing naik angin kepala angin. Lama lama, kami terasa dah matang. Dah tahu nilai mana baik dan buruk. Huhu. Diorang bagai airmata dan aku sebagai mata :)

Paling best ialah satu kelas panggil aku mama. Yaallah, betapa sporting nya mereka semua. Aku bersyukur dapat kawan seperti mereka Yaallah. Hihik. Aku lebih suka mereka panggil aku mama. Sebab aku sendiri rasa yang aku bagaikan mama mereka sendiri. Hihi. Memang panggilan 'mama' tidak asing lagi dalam kelas aku. Tapi memang tak semua lah panggil aku mama. Sebab ada yang tak rapat sangat dengan aku, hihi. Takpe, janji jangan panggil nama aku pelik pelik sudah. Haha.

Aku tak boleh hidup tanpa mereka semua. Mereka memberi kebahagiaan dalam hidup aku. Mereka menyuluh 1000 sinar dalam hidup aku. Mereka adalah emas bukan berlian, permata, zamrud atau kaca. Apa apa pun mereka the best buat aku. Tanpa mereka siapalah aku. Anak yang paling aku sayang ni haaa Ayap, Auni dan Emilia. Kawan karib yang paling aku sayang ialah Pika. Dan kawan kawan yang aku sayang, cinta, rindu, kasih ialah semua kawan kawan dari 4 mutiara (sains sukan).


Ingat, nama korang akan sentiasa terpahat dalam diri mama bukan hari ini sahaja, malah buat esok esok esok dan sampai mama mati. Ingat tu okay. Mama sayang korang sesangat tau. Dah macam anak mama sendiri, hihik. U ols one in a million ;)

Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-