All About Me
18 August 2011 | 8:32 AM | 0 Comments

Assalammualaikum. Selamat malam sayang, thehe aw aww (maluuuuuww).
Today I dont feel like doing anything~
Chiitt. Sekarang saya nak post pasal semua tentang saya baik dari segi sikap, suka, benci, tak suka dan lelain. Aku bagitau pun hanya apa yang aku rasa sebab dah diri aku. Taulah aku nak nilai, haha. Baik baik saja je okay. Jahatt?? Alaaa nak ke? Thehe aku mana ada jahat so tak payah kot bagitau, hahahahahaha. Insyaallah k :)
Actually, aku sendiri tak banyak tahu pasal diri aku. Haha gila kan namanya tu. Entah lah, aku pun tak tau kenapa. Mungkin aku ni kejap kejap jadi lady gaga, kejap kejap neyo, mariah carey, avril lavinge takpun Mila. Hahaha over nyaaaaa (tampar pipi setengah kali). Ehemhemm, lets start dear (muah)
Aku ni seorang yang pemalu. Okay, mesti korang cakap aku ni pendiam gila kan? Haha tak okay. Malu ni banyak jenis tau. Kalau aku tak kenal orang, aku akan jadi pemalu pendiam dan control ayu habis. Hahahaha grr. Tapi bila orang dah kenal aku, Insyaallah baru korang tahu macam mana gila gila kepala hootaak aku ni. Hehe. So jum try kawan meh, haha. Aku juga suka berkawan. Tak kisah dia tu macam mana asalkan dia hormat aku, aku hormat dia. Dia simpan rahsia aku, aku simpan rahsia dia. Yess itu pendirian aku. Paling aku tak suka kawan makan kawan dan suka menghebohkan hal peribadi aku kat orang lain padahal aku percaya kat dia dan dia sendiri kawan baik aku. Dan itu pernah terjadi kat aku. Sedihh. Huhu okay, aku ni happy go lucky. Aku tak suka sangat tunjuk kesedihan aku depan orang ramai. Tapi kalau aku bad mood, jangan lah sorang cakap dekat aku. Hahaha nak nak korang kena maki. Kihkih :p
Aku ni manja. Hoho. Aku manja dengan mak. Aku orangnya sensitif. Cepat merajuk. So, jangan bagi aku touching, haha. Kalau jadi entah ler. Hanya dia je tahu aku macam mana, hahaha. Touching mak aaai over nyah. Aku ni suka diberi perhatian. Konon aku sorang je yang korang kena layan, haha terukk. Aku juga seorang yang kelakar. Tanyalah satu kelas aku tu, macam mana lawak aku diorang tahu. Aku nampak sahaja macam budak pendiam, nerd gitu. Haha. Tapi melawak bagi aku jelah. Aku ni suka buat orang ketawa. Ketawa dapat menyihatkan kita, haha.
Aku juga suka sangaaaat senyum. Senyum tak perlu kata apa apa. Woaa nyanyi sudah. Aku tak boleh kalau lalu depan budak perempuan nak nak orang tua mesti aku senyum. Susah mulut ni nak masam bila lalu depan orang, hihi. Kadang kadang orang yang tak kenal tu pelik tengok aku. "Pehal budak ni senyum senyum. Kau kenal aku ke?". Haha nampak tak? Kihkih. Selain itu, aku ni kalau suka seseorang atau benci aku akan diam je. Aku tak suka bagitahu kat orang. Melainkan orang yang paling aku benci dalam dunia ni. Huhu. Pastu, aku jenis pandai simpan rahsia orang. Rahsia peribadi kawan kawan, aku akan pastikan simpan dan takkan buka mulut kat sesiapa. Itu janji aku.
Di samping itu (ceh karangan A, HAHA) aku seorang yang panas baran! Yeah tapi cepat cool. Kalau ada meja depan mata, wa boleh angkat tau. Haha. Ehemhem, aku ni kuat makan jugak tau. Tengok la haaa badan aku! Gemuk tak bertempat. Grrr bila saya nak kurus ni? Sob sobb. Aku ni tak suka cari pasal dan tak suka gaduh gaduh. Nak nak pasal jantan. Heyy TALK TO THE HAND~ Hahahaha. Gaduh gaduh bukan aku :)
Aku ada masalah nadi terlampau laju, masalah sakit dada, sendi, tangan berpeluh gilaa lah, alahan, tak boleh makan seafood, tak boleh pakai silver. Kena pakai emas only, hahaha. So bakal suami, kena beli emas. Hahahahaha. Aku ni simple person orangnya. Tak suka dress up mengalah kan mak datin. Cukuplah jeans and t shirt. Make up pulak takdelah over nau. Hihi. Just bedak, eyeliner, maskara dan blusher. Lain takde. Itupun nipis. Kalau keluar dengan seseorang jelah nampak aw aww sikit. Hahaha gedik.
Sangat suka pada coklat! Itulah aku. Haha suka gila dekat coklat. Nak nak coklat yang sedap sedap, pehhhhh boleh satu papan habiskan. Aku suka bear, suka benda benda comel. Hehe. Aku sangat sukakan pada baby. Hahahaha tak kira cina, melayu india. Fehhh aku kalau dah ada depan mata baby, jangan harap mak dia nak ambil balik. Hahahaha. Entah lah, memang aku sangat suka tengok baby. Gerrraamm. Suka dukung lepastu sakit tangan, haha.
Suka baca novel. Memang kalau bosan tertumpu pada novel, haha. Aku ni kalau orang suruh buat kerja baru aku buat. Kalau tak tu, takde nya. Hihi. Aku suka suasana pagi. Sebab sejuk, nyaman, boleh hirup udara segar.
Itu jelah yang boleh aku bagitau buat masa ni. Banyak lagi yang perlu korang tahu. Hehehehe. Semua yang aku type tu betul okay. Takde tipu maaa, haha. Yang sebenarnya, orang yang lihat aku yang lebih mengetahui diri aku ini. Dan apa yang kita buat kadang kadang tak sedar sampai terguris hati seseorang. Jadi, untuk mengelak benda tu berlaku kali ke dua dan seterusnya, orang itu perlu lah menegur aku yer. Kalau boleh memang aku taknak sakit kan hati sesiapa. So, tegurlah wahai kawan ku. Insyaallah, aku akan ambil iktibar dan tidak akan mengulanginya lagi. Thehehehe peace :D
p/s: RAYA NAK DEKAT LAH WEYYYYY!


Facebook: 
