♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
Sahabat
11 July 2011 | 9:05 AM | 0 Comments
Setiap manusia di lahirkan dengan kekurangan dan kelebihan yang ada. Dan juga insan biasa seperti kita pasti ada kesilapan yang di lakukannya. Alah, bohong kalau tak pernah buat silap walau seciput. Kira jugak satu kesalahan tau, hehe.


Hurmm entah lahh. Aku rasa nak nangis pun ada ni. Mungkin aku rasa yang aku ada buat silap dekat kawan kawan rapat aku. Mungkin kesalahan itu aku tak nampak, tetapi mereka yang nampak. Dan aku sama sekali tak tau dari mana salah aku sampai aku terasa kadang kadang itu. Aku mengaku, aku dah tak macam dulu yang boleh sentiasa bersama diorang bila bila masa. Aku sibuk. Diorang sendiri tau kenapa aku sibuk sampai macam ni sekali. Hati aku senang kerana salah sorang darinya faham kerja aku. Tapi aku terasa yang kata diorang tu adalah kawan aku sendiri. Aku kalau boleh, tak nak renggang dengan diorang. Always nak sama sama. Tapi aku cuba untuk memberi masa dengan diorang. Aku try weh, aku try. Tapi lain yang aku dapat. Mungkin pada diorang, tak cukup semua tu.


Hurmm aku tak nak hanya perkara macam tu, kita renggang. Serius aku baca komen diorang tadi dekat satu gambar, aku terasa sangat. Masa aku baca, air dalam mata ni dah bergenang. Entah. Tak tahu lah kenapa. Cuba lah korang faham weh. Bukan kemahuan aku semua ni. Tapi aku selalu doa semoga benda mengarut terjadi antara kami. Aku yakin tu semua takkan terjadi. Aku sayang sangat persahabatan ini. Biarlah sampai akhir nyawa aku sekalipun. Diorang separuh dari nyawa aku, diorang tempat aku bernafas. Diorang emas bukan kaca. Dan diorang sangat beerti buat aku. Mungkin tanpa diorang, aku takkan bahagia macam sekarang.


Biar pun sakit dalam hati ni aku pendam, tapi aku sedaya upaya cuba untuk hapuskan sakit itu. Perpisahan buat aku sangat perit. Jauhilah aku dari perpisahan itu. Walau besar mana salah diorang, diorang tetap sahabat aku. Aku tak pernah senyum terpaksa bila dengan diorang. Kadang kadang, aku terfikir semua nya aku yang kena. Muka aku, aku dan aku. Aku hanya mampu bersabar dan tabah menghadapi cubaan yang Allah berikan. Mungkin Allah sedang menguji kami.


"Yaallah YaTuhanku, selamatkan lah hubungan kami dari segala kesulitan yang kami hadapi Yaallah. Berilah seri pelangi dalam persahabatan kami Yaallah. Ceriakanlah diantara kami yang sedang berduka lagi bersedih hati Yaallah. Hindarkanlah kami dari segala bencana dunia mahupun akhirat Yaallah. Tabahkanlah hati kami dan teguhkanlah nilai tahap kesabaran pada diri kami untuk mengekalkan persahabatan ini Yaallah. Janganlah pisahkan antara kami Yaallah. Sesungguhnya kami sayang antara satu sama lain."



p/s: Bam3, Ding3, Pot3 :)

Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-