♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
Gunung Datuk Is The Best
17 July 2011 | 6:14 PM | 0 Comments
(Okay, dalam gambar ni muka aku tembamm sangat T.T)



Hello, vadakemm! Ahaa amma miss you lah blog. Cehcecehh rindu lah sangat kan. Bila blog perlukan aku, aku buang dia begitu sahaja. Haha merepek je. Almaklumlah, lepas balik dari Gunung Datuk, terus jadi tak betul sikit. Ialah, aku kan 'budak cacat' ;D Kihkihkihh.


Aku kan baru balik dari Gunung Datuk. So, apa yang korang fikir bila lepas panjat gunung and then nak kena turun balik? Okay aku tau apa yang korang fikir. Tapi tak taulah kan kalau ada yang tak dapat bayangkan lagi, ngehngeh. Pehh walanehh! Kaki ni beb sakit woo. Bukan setakat kaki sahaja, tapi satu badan sakit yang amat. Pagi pagi bangun kaki dah kejang. Hahaha shit. Baiklah, bukan itu yang aku nak cerita dekat korang. Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi Gunung Datuk start aku pergi sehingga lah dah balik ni haa. Tapi aku cadangkan, tak payah lah baca sebab conform korang baca sekerat je. Hahahaha. Kan aku dah bgtau, aku kalau cerita panjang yang amat. Bukan lah panjang cuma ayat aku berjeler jeler. Bhahahaha. Okay sudah stop aku berjeler jeler lagi ni. Kihkihkih :DD


♥-15 July 2011-♥

Saat tu aku rasa sangat excited. Tak sabar nak pergi ke gunung datuk. Memang macam macam yang dah aku fikirkan. Dalam fikiran kata mesti best. Dah senyum sorang sorang. Hihihi. Sampai kat sekolah aduh mak aaai. Aku bawak beg macam seminggu duduk sana. Haha. Tapi ada yang lagi banyak dari aku. Nak angkat tu nauzubillah. Masa tu hujan renyai renyai. Aku pulak dah tension sikit sebab hujan. Entah macam mana keadaan sampai gunung datuk nanti. Then, jumpa kawan kawan lepak segala bagai sampailah cikgu suruh beratur. Amek nama semua lepastu naik bas. Ahahaha standart lah naik bas sekolah je kot. Tapi econ kuat tau tau. Ekekekeke. Masa tu memang dah hujan. Dalam bas kan, budak perempuan sains sukan semua duduk bahagian belakang sekali. Kiteorang paling memekak. Hahaha. Time pakcik bas bukak lagu jiwang, kiteorang paling kuat nyanyi. Kihkihkih. Yelah, nak pergi mesti harus gembira kan kan :D ♥

Lepastu dah sampai pakcik bas tersesat. Dia salah lorong, haha. Padahal bas kiteorang first sampai. Alih alih jadi bas ke last sampai. Takpelah tak kisah semua tu. Masa turun hujan renyai renyai. Kiteorang ramai ramai jalan sesama. Then tak sampai pertengahan jalan, tetiba hujan dah turun lebat. Wehh, aku masa tu dah tercungap cungap. Dah lah kena bawak beg yang berat. Aku peluk beg tu tau :( Aku jalan dengan Emilia dan Ernie. Hujan makin lama makin lebat. Aku dah basah kuyup. Beg semua aku rasa mesti dah basah baju baju. Aku tetap jalan walaupun 3km jarak nya. Yang kelakar nya Emilia dah nangis nangis. Hahahaha. Ernie dah mengucap banyak. Hahaha. Aku nak tergelak tengok diorang tapi aku tahan je. Kihkihkihh. Yang tak boleh blah Emilia nangis sambil cakap "wehh menyesal aku tak dengar cakap ckgu hasiran suruh letak baju dalam plastik. Haha. Kelakar. Okay, dah sampai tu kiteorang kena kumpul. Aku dah menggigil gigil sebab sejuk. Orang tu pulak bagi ceramah bagai nak rak panjang nya. Tapi aku tetap sabar. Huhu. Masing masing dah basah kuyup. Lepas dah reda hujan, budak budak laki pasang khemah kiteorang budak perempuan makan. Hehe terima kasih sebab diorang tolong pasangkan khemah. Hoho. ♥

Rehat rehat than malam tu cikgu bagi kumpulan. Kiteorang semua terpaksa berpisah tetapi aku, Emilia, Auni, Finie dan Ayap satu kumpulan. Hihi. Kumpulan 5 yang diberi nama THE SENIOR JUNIOR (TSJ)♥. Ketua kumpulan abang hafiz 5 sains sukan. Pen ketua kak bahirah♥. Hehe. Ahaa dan trademark kiteorang ialah "Kiteorangg.. Tak segan Tak goyang.. Kau ada ke??!" Hahaha. Dengan semangatnya tau. kihkihkih. Macam macam kiteorang punya gaya. Ada kumpulan yang amik trademark pakai maharaja lawak punya. Apa barang. Haha. Tak penting semua tu yang penting semangat berkumpulan. Malam tu kiteorang tak dapat tidur sebab tak ngantuk. Borak borak semua. Pukul 2 baru tidur ♥

♥-16 July 2011-♥

Bangun pukul 5 pagi. Ngantuk mata tau. Apa boleh buat dah siap siap semua pergi makan. Lepas tu cikgu bagi penerangan pasal nak mendaki. Sebab haritu pukul 9 nak mendaki dah. Ehem hemm, berkobar kobar tau. Kihkih. Tibalah saat untuk mendaki. Bawak beg sandang kat belakang. Mula mula nampak okay. Takdelah cabar sangat. Pertengahan jalan kan dah mencabar. Aku, Emilia, Sakinah, Ayap, Auni, Finie, Nana dan Epul jalan sesama. Kiteorang tolong sama tolong. Kalau ada yang tak boleh naik atau panjat kiteorang tolong tolong angkat. Pegang tangan masing masing. Hihi. Masa tu tak kira lelaki ke perempuan kalau dah tak boleh naik yang lelaki tarik jugak tangan perempuan. Haha. Memang penat tak terkira. Baju basah dek peluh. Tudung dah basah lencun. Haha. Memang mendaki je mengambil masa 2 jam lebih nak sampai tu. Ada lah jugak kiteorang berhenti. Gila ke nak terus je perjalanan. Penat weh. Kiteorang berkira kira bila nak sampai. Dekat nak sampai tu aku dah tak larat. Dan jugak sepanjang perjalanan tu, ramai yang pancit. Kiteorang ada bantu jugak. Kesian. Masa dah sampai, semua dah duduk. Haha. Rehat rehat amik gambar semua than nak naik atas lagi satu. Yang kat batu besar. Ramai yang naik. Nak tunggu diorang turun bawah mahu dekat setengah jam. Akhirnya aku dapat naik. Kat atas ramai sebab nak naik lagi satu tangga. Sebelum tunggu nak naik tu aku, kak anis dan syukur ambil gambar. Banyak gambar aku dan aril je. Haha. Lepas tu baru aku naik atas. Itupun kena beratur weh. Dah naik atas, kena naik lagi satu tangga. Yang tu baru akhir sekali. Kira kat puncak lah. Hihi. Nak naik takut sebab aku pandang je bawah dah gaung. Tolak sikit jatuh beb. Mati sekali. Menggigil gigil tangan dan kaki aku nak naik. Tapi yakinkan diri je sebab aku nak sangat naik atas. Dah naik atas tu memang best. Huaa, gayat aku seh. Tengok bawah memang gerun. Nak jatuh pun ada. Tapi atas sejuk dan nampak segala galanya dekat bawah. Hihi. Lepas tu kan aku, udin dan kawan kawan yang lain jerit kuat kuat. Hahaha kira lepas kan tension. Best sangat. Ambil gambar semua. Hehehe

(ni masa baru nak mula mendaki. Sorry gambar tak berkualiti :p)


Tiba masa nak turun gunung pulak. Adehh, better naik gunung okay dari turun gunung. Punyalah sakit kaki. Penat weh. Tapi gagahkan jugak. Mula mula balik jalan dengan ayap, atan dan kina sebab emilia dan ernie kat belakang. Masa jalan tu masing masing ada yang tergelicir lah terjatuh lah. Kelakar. Aku tukang gelak je. Hahaha. So, pertengahan jalan pulak aku jalan dengan aril dan izzudin. Yang lain kat belakang sebab lambat sangat. Aku dah penat, nak cepat sampai. Hihi. Pehh jalan dengan aril dan izzudin memang best. Tergelak gelak tak habis aku. Diorang asyik tergelicir je, mana aku tak gelak. Yang paling smart skills tergelicir ialah izzudin. Hahahaha sumpah kelakar. Sampai sekarang aku still gelak bile teringat gaya din jatuh dengan mimik muka dia. Kihkihkih. Aril pulak tergelicir macam main skateboard dah. Hahahaha. Aku gelak besar time tu. Masing masing tunjuk skills terhebat. Berlagak lagi, hahaha. Kelakar lahh. Masa dah sampai sumpah gembira aku. Haha cepat cepat nak sampai. Lepastu, masuk khemah then terus mandi. Huh segar sikit.


Malam tu kan, paling best buat aku. Kira kenangan manis ke dua yang takkan pernah aku lupakan seumur hidup. Hihi. Malam tu ada persembahan malam kebudayaan bagi semua kumpulan. Kiteorang dapat tajuk 'LAWAK SPONTAN'. Dan, terbitlah idea masing masing. Lepas tu aku fikir aku cadangkan yang aku nak berlakon jadi orang cacat. Kiranya aku cacat adik kepada abang hafiz yang mana kami berdua berniaga. Hahahaha. Suggest aku best tau tau. Memang macam macam idea dalam kepala hotak aku ni nak buat lawak macam mana. Dia bagi masa 7minit je. Pehh masa aku mulakan tu segan sehh. Aku jalan sambil buat tangan kaki orang cacat. Ramai terkejut tengok aku. Hahahah. Woi, spontan je tau. Aku tak kira, janji diorang ketawa. Memang segan sangat. AKu buat diorang cakap menjadi. Memang ada ciri ciri jadi pelakon. Hahaha (poyo). Over all, diorang cakap kumpulam kiteorang menang. Memang tak sia sia aku jadi orang cacat. Hahaha. Memang best lah time tu. Yang paling sweet ialah kiteorang sambut birthday Syadariah yang mana kelas aku dan jugak satu khemah dengan aku. Sumpah best. Cikgu buat suprise yang harijadi 15, 16 dan 17 tu. Konon marah marah diorang sebab buat salah tapi akhir akhir budak budak bawak kek nyanyi ramai ramai happy birthday. Hihi sumpah sweet :D ♥


Malam tu aku tidur dengan nyenyak sebab pagi tu dah penat mendaki. Sampai kan bangun pukul 5.30


♥-17 July 2011-♥

Tibalah masanya kiteorang nak balik. Pagi tu ada gotong royong. Tu biasalah kan kalau dah duduk tempat orang, hehe. Pukul 10.30 upacara penutupan gunung datuk ni. Huaa lepas dah habis ada sesi photography. Best lagi. Then, kemas kemas barang naik bas. Balik tu tak sabar sabar nak jumpa mak, ayah dan keluarga.


Kenangan manis yang takkan pernah aku lupakan sepanjang hidup aku. Insyaallah, aku nak pergi kat tempat lain pulak kalau ada rezeki. Banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang 3 hari di sana. Aku kenal ramai adik baru, akak baru, abang baru dan cikgu cikgu yang kia garang kat sekolah tetapi baik rupanya di luar. Aku kalau boleh taknak balik. Haha. Nak lagi naik gunung. Best sangat. Hihi. Thank you kepada semua yang memberi kerjasama yang setimpal dan tak lupa juga kepada kumpulan 5 iaitu the senior junior is the best! Hope kita dapat jumpa di luar nanti. Hehe. Love you ols yang terlibat!


Nota mata: Sorry tak banyak gambar sebab nak upload mengambil masa yang agak lama. Agak kecewa, tapi akan ku try hihik. Btw, ada ke nota mata?

♥ p/s: I miss Gunung Datuk ;) ♥







Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-