♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
Fahaman spekulasi.
13 June 2011 | 3:57 AM | 0 Comments


C I N T A ?

Huishh, dah bertahun tahun saya lalui hidup ni Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya semakin matang dalam menjalani perjalanan dunia remaja. Saya bersyukur juga kerana saya boleh pertimbangkan mana yang baik dan mana buruk tentang pengaruh rakan rakan sebaya. Allah memberikan saya akal untuk berfikir, Insyaallah saya gunakan nya dengan baik :)
Jika sebut pasal cinta, pasti ramai yang mengatahui isi tersirat dan tersurat di sebalik makna cinta itu. Saya tahu, di luar sana sudah ramai remaja remaja yang bercinta. Tetapi, bercinta hendak lah berlandaskan batas batas nya. Bukan sekadar hawa nafsu semata mata. Kejadian terjadinya patah semangat atau kecewa pada rakan rakan saya terhadap kekasihnya sangat saya prihatin. Kadang kadang, saya merasa biar awal dia terkena jangan kemudian kerana pasti ada hikmah untuk dia berubah dan sedar atas kesilapan masing masing. Saya tahu juga, nafsu semakin mengganas peringkat remaja. Tetapi, jika kuat iman dan tahap kesabaran yang tinggi dalam mengawal nafsu, Insyaallah akan menghindarkan diri dari melakukan perkara tidak senonoh. Bukan tidak boleh bercinta, yang saya katakan tadi asalkan pergaulan terbatas. Itu sebab orang tua sekarang tidak membenarkan anak anak nya bercinta pada umur macam kita sebab tidak mahu kita membuat perkara tidak senonoh. Ada juga ibu bapa yang tidak mengambil endah tentang perkara ini. Anak anak pasti bertambah bebas dalam dunianya.
Alhamdulillah, sudah empat tahun lebih saya solo (sejarah) haha. Ramai rakan rakan tidak percaya. Tetapi itulah kenyataan nya. Bagi saya, biarlah saya belajar dahulu sehingga menjulang nama sendiri dan membanggakan ibu bapa serta keluarga. Siapa yang tidak mahu bercinta. Saya teringin. Tapi, saya fikir pembelajaran saya dahulu yang utama. Kadang kala, bercinta tidak ingat dunia. Cinta itu buta tapi kita yang membuatkan cinta jadi buta. So, jangan terlampau obses sangat dalam percintaan. Tidak semestinya akan kekal kerana itu semua jodoh Allah. "Ada jodoh, adalah".

Hok aloo, saya bercerita macam treler tu haa. Berceramah macam lak kau bagus kan (bongkak). Haha. Yer, boleh buat karangan dan conform dapat A+ kan kan? Hehehe.


p/s: Ewwrr tension dengan pelbagai masalah #

Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-