♥ HELLO BLOGWALKING! You are in Sha Site. You want back Home or Follow ♥
FieNashh ♡
♥ Story From Me ♥
Bercerita lahh.
15 June 2011 | 8:11 AM | 0 Comments

Sob sob sobb :( Haduhh, time time macam ni lah sendi saya sakit. Pehhh sakit sangat. Nak nangis ni eewrr. Saya kalau dah terasa sakit, semua nak marah. Semua benda tak kena. Lepas tu peluh peluh. Hurmmm :( Menyesaaaal saya pergi KL haritu. Sepatutnya hari selasa masa cuti sekolah saya kena pergi hospital ambil keputusan darah. Tapi, disebabkan nafsu ni ha yang nak sangat berjalan sakan. Haa hamek kau. Bulan lapan ambil darah bulan sembilan baru jumpa dokter. Nyiiraaap je tunggu lelama. Dokter tu pun dah marah. Apa boleh buat, huhu. Tanggung sendiri lah. Guys, nak tunggu bulan sembilan lama kot. Habis tu, kalau saya dah tak larat lagi nak tanggung sakit ni macam mana. Tadi ada jugak cakap kat mak nak pergi klinik. Mak diam jee sebab mak malas nak layan karenah anak dia yang sorang ni. Huhu. Takpelah, saya abaikan je. Tension gila la bila hari hari macam ni. Dah makin teruk pulak. Baru nak gosok baju sekolah dah sakit. Macam mana nak buat kerja lain. Hurmm. Malang nya nasib. Ni pun tahan je. Tak boleh nak buat apa. Ubat? Takde ubat :( Kalau ada pun ingat saya usik ke? Bukan tak nak makan. Cuma kekadang lupa. Huhu. Dah lama gila tak makan ubat. Bila dah teruk, baru nak ingat ubat. Apa laa saya ni. Suruh mak tolong urutkan mak tak tau kat mana tempat yang sakit tu. Mak main urut je. Merana doe macam ni. Pehh kena ambil darah balik bulan lapan ni. Wehh, dah la sakit. Aduyaii, gila lah. Tak sanggup buat kali ke dua sebab kali pertama haritu orang tu cucuk lebam dua minggu. Shit -.-

Okay tutup cerita sakit saya tu, kalau berpanjangan cerita sampai esok tak sudah nya. Hah, dah lama saya tak bercerita pasal apa yang berlaku dekat sekolah kan kan? Ngehngehh. Terutama apa yang terjadi dalam kelas :) Aaawuumm. Harini tiada apa yang menarik sampai gelak sorang sorang bola ingat. Hehe. Macam biasa dalam kelas, kalau takde cikgu kerja saya dengan bebudak main ku ci pang. Haha. Hari hari main tak jemu do. Sebab nya tiada siapa lagi yang boleh mengalah kan ni haaaa 'Miss Champion Ku Ci Pang 2011'. Hahahaha :D Serious weh. Banyak kali kot main, takde siapa dapat kalahkan saya (cehh bangga). Ramai tak puas hati. Tadi banyak kali lawan dengan Hafezan. Si ayap dengan budak budak lain dah tak mo lawan saya. Sebab memang takkan menang nya diorang, keh keh keh. Hafezan tadi memang tak puas hati saya asyik menang je. Agak nay lebih sepuluh kali dia ajak lawan. Tapi akhirnya keputusan sama jugak beb. Miss Champion menang, hahaha. Yang tak boleh blah, si azam dengan koyak macam siot kata saya pakai sihir. Hahahaha. Dia cakap saya ada baca mantera mantera. Keh keh keh. Apaa laa, tak lojik langsung. Hanya perkara remeh macam tu saya main mantera. Hahaha gilaaa. Lepastu macam biasa borak borak with my son, Ayap :) aawuumm. Tadi banyak gelak jelah. Tak la bosan sangat kan. Paling fake bila dapat kertas periksa. Fuhhh, malas nak bagitau keputusan dia apa lah. Kalau cantik takpe. Ni hodoh sangat. Menyampah pun ada tengok kertas tu, huhu. Tapi apa yang boleh saya cakap markah saya kali ni lebih teruk berbanding peperiksaan penggal satu :'( Hurmm. Sedih laaa. Kena berusaha lagi. Nak pandai macam Sakinah. Jeles dia dapat 7A. Kalau lah saya dapat tuuu. Pehhh, bangga nya :)

Okay, masa sains sukan tadi. Cikgu ada bagitau berapa haribulan tah kiteorang budak 4Mutiara kena pergi kawasan perkampungan dekat dekat Melaka jugak untuk buat kerja untuk mendapatkan pingat gangsa. Hehehe. Best nya, tak sabar. Lepastu, bulan tujuh ni kiteorang dapat pergi Janda Baik kat Pahang. Yang tu mungkin nak dapat perak kot. Hehe. Cikgu punya cerita macam best. Ada lasak lasak ni. Sebab saya sangat lah suka aktiviti lasak lasak :) Yess, memang saya nampak muka lembut (HAHAHA poyo) tapi saya suka keganasan. Keh keh kehh. Bab bab camping saya suka walaupun jarang camping. Alaaa tidur tiga hari je kot. Timba pengalaman. Orang lain tak dapat, kitoerang dapat kira bersyukur kan kan? Hehe. Yang saya tahu, kelas 4Mutiara dan 5Mutiara yang pergi. Yang lain saya tak tahu. Wahh, tak sabar. Tapi saya tak terlampau berharap sangat. Orang kata karang terlampau excited nak pergi, last last kempunan -.- Huissss no way! Ewwrr readers, nak pergi buat seni jap lah. Kang esok takut pulak Rahimy memekak. Hehe. Pastu nak lepak lepak dengan abang tersayang sebab dia baru balik ni haa :) Rindu? Of course! Kbai semua.


p/s: Sakit tak hilang lagi. DAMN!~




Past>> | << Future
Dashboard ♥
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi! Welcome to FINAZ blog. Best view only in Mozilla Firefox! Do not copy anything from here. If you like my blog, you can follow it! Don't be shy to come again. Thank you :]
Talk Here ♥
-Be Nice & No Harsh Words-