Deyyy !
03 May 2011 | 12:59 AM | 0 Comments
Awak yang Molek,
Hari ni kan saya tak sekolah (bangga). Best dari pagi online, haha. Lagi pun hari ni saya berpuasa =) puasa ganti. Saya, mak dengan adik perempuan. Tengah lapar ni sebab tadi terrr nampak ada manusia tu dia post kat facebook pasal makanan favourite saya! Haha what the fruit? Memang tak ahh. Air liur nasib baik boleh cover tau (bukan cober :P). Mak cakap "kau nak buka, p laa buka". Wahh mak, kemain. Buat penat lah kan saya bangun subuh subuh nak sahur. Hehe. Takpe, ni boleh tahan lagi. Tak mati do. Haha.
Haa haa, kat sekolah entah apa cita lah kan. Saya tau, mesti diorang diorang rindu dekat saya (minah perasan). Lagi lagi pyka dengan ayap :) Alaaa tau sangat perangai diorang. Saya tak datang je mesti cakap balik "kenapa mama tak datang semalam? boring lah tak dapat dengar mama punya lawak". Haha. Kann dah agak. Tak sah kan sehari saya tak buat lawak. Anak anak memang macam tu. Nak berkepit 24 jam dengan mama terr sayang dia ni. Hehe. Saya tak datang sekolah pun ada tiga sebab. Sebab pertama, kerja sekolah rahimy tak buat (tapi sekarang dah siap, haha). Kedua, lisan bahasa melayu satu haraaamm tak hafal dan belum cari lagi (budak baik). Dan dan yang ketiga sebab saya tak nak bertembung muka dan bersemuka dan bertegur dan bercakap dan berinteraksi (haha) dengan budak tu =) bila saya pandang muka dia, hati saya tak keruan. Rasa marah ada, benci ada, sayang ada dan segala bagai lah. Kalau boleh, saya tak nak tengok muka dia. Sebab memang saya tak boleh. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin wayar dalam otak saya ni ada yang terputus kot (bulsit~). Sememang nya saya rindu dia. Tunggu dia pujuk saya, tunggu dia yang mulakan dulu. Tapi sampai sekarang, takde puunnn :( Its okay. Enough that lah.
Esok macam malass je kan nak pergi sekolah. Esok subjek banyak oow. Lagi lagi BI ada (masa kak fat). Conform lah dapat dengar free cerita mengarut dia tu. Dengan satu haram perkataan pun dia cakap kiteorang tak faham. Apa lagi nak faham cakap dia, haha (soley~).
Kaka dengan abang dah balik tempat masing masing. Makk ai, tunggu lama kot diorang nak balik. Lagi lagi abang :( Hurmm. Tak dapat lah nak keluar sangat malam malam macam haritu. Nak lagi macam tu lah abang, boleh tak? Huhu. Dengan akak pulak, tak boleh dah share baju, share make up, share kasut, share baju dalam (EHH LOLX, tipuuu XD). Haha. Ape ape pon, sekarang dah tak boleh keluar macam mana akak dengan abang ada. Huhu, so sad. Melain kan ada manusia yang baik hati je yang mahu ajak saya keluar dan wajib ada transport untuk saya pergi dan pulang :DD haha. Kalau tak, takde lah merasa hang out dengan korang :P bueerrkkk~
Tuii tuuii tuii. Bau apa yang sedap ni? Pehhh bau telo rupanya. Time puasa ni, bau telo pun macam bau bunga ros kan? Haha. Cilake~
p/s: Lambat nya pukul 7 -.-
Cholai cholai readers :)



Facebook: 
