king of mummy :)
07 March 2011 | 8:38 AM | 0 Comments
selamat malam buat anda semua yang membaca belog sepot saya. masa saya tengah mengedit blog saya yang hodoh ni, ayah saya balik rumah bawak balik makanan yang baru beli dari pasar malam. banyak ayah beli, dan banyak nye lah saya makan. perut agak buncit, aauu auu. hee. masa tengah makan, ayah saya kacau mak saya. yelaa, mak saya kan melatah. haha. kelakar. kalau korang nak tengok macam mana cara mak saya melatah, meh datang rumah nyah meh. hehe. dengan bunyi sekali. haduuyaii mak mak. macam macam gelagat sampai anak dia pun terikut. har har. pyka dengan nana pun tau sangat macam mana mak saya melatah. diorang asyik gelak jea tengok mak saya melatah. tah apa apa ler. best apa ada mak macam ni, hidup kan suasana yang ceria dalam keluarga kan? hehe. mak saya sporting tau. mak saya pernah kata, mak tak kesah saya nak berkawan dengan sesiapa lelaki. asal kan saya pandai menjaga batas batas pergaulan. lepas tu mak cakap suruh saya kawan kawan dulu. kenal hati budi laki laki tu. kita perempuan jangan bagi lelaki pijak kepala kita. insyaallah suatu hari nanti saya akan dapat jodoh yang baik. terima kasih mak, sayang mak. saya selalu bertanyakan hal hal perempuan kat mak. bukan hal perempuan sahaja malah hal hal yang saya tak tahu dan nak amik tahu. banyak pertanyaan. contoh nya saya pernah tanya kat mak, macam mana nak dapat anak kembar? merisik tu apa? selalu saya cakap dekat mak, kalau saya dah kawin nanti, saya nak anak kembar. har har. menarik kan? memang saya suka sangat tengok kembar ni. tak tau kenapa. ceehh. berangan jea lebih. insyaallah ada AMIN~ hee. lepas tu, mak saya seorang yang rugged macam anak anak nya. kalau tengok mak saya tak nampak umur 44. tapi macam 30. serius. tak tipu haha. badan mak saya kecik jea. tak macam anak dia, tembam bak kata ariel peterpan. hee dan dan ramai anak angkat! jyeeaahh! tak kira umur lah. kawan kawan saya pun ada yang jadi anak angkat mak saya sebab diorang cakap mak saya sporting gila. tak macam mak yang lain, haha. ;) mak saya pulak kalau text mesej mesti style budak town. contoh ' kw kart mane lang? mak dh smpa! n!' hahaha. i dia buat tanda seru lagi (!). paling best, mak saya suara sedap. time mak saya muda mudi, mak saya jadi artis. har har. sekarang tak, suami dia tak kasi, hee. sekarang ada time saya karoake dengan mak kat rumah jela. suara mak macam suara dulu dulu. nak dengar? mai lagi skali datang rumah nyah embam meehh. haha. nevermind laa. yang penting saya bersyukur sangat mempunyai mak yang macam sekarang ni. sporting habis. dalam sporting ada kenasihatan, dalam kenasihatan ada kegelakkan dan dalam kegelakkan ada sedikit ketangisan. aaauu aauuum! hee. suatu hari nanti saya akan buat mak bukan mak sahaja tapi keluarga saya, bangga dengan usaha saya untuk mendapat keputusan SPM yang cemerlang tahun depan insyaallah. awak, doa doa kan lah yer. MAMA RAWKS ! JYEEAAHH ;D


Facebook: 
